Dua set tren ETS baharu beroperasi Disember ini

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Dua daripada sembilan set baharu tren bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) telah tiba di negara ini dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya Disember tahun ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, baki tujuh set baharu tren tersebut akan tiba secara berperingkat dan beroperasi sepenuhnya pada November 2019.


“Penambahan unit baharu ini akan dapat menambah kekerapan perjalanan dan seterusnya memperbaiki serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan ETS.


“Buat masa ini terdapat 15 set tren yang sedang digunakan untuk perkhidmatan ETS oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mana jumlah ini memang tidak cukup,” katanya menjawab soalan Datuk Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) di Dewan Rakyat, hari ini.


Khoo bertanyakan pendekatan kerajaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan ETS dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sering berlaku kelewatan jadual, kerosakan gerabak dan masalah bekalan elektrik terputus.


Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata sembilan set tren yang membabitkan kos sebanyak RM540 juta itu ditempah dan dibuat di China.


Selain itu Nancy berkata sebanyak 13 set tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang baharu bagi perkhidmatan KTM akan menggantikan gerabak lama yang masih digunakan di sektor Pantai Timur iaitu dari Johor Bahru ke Tumpat seawal April 2019. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]