Israel mahu hantar migran Afrika ke negara Barat

in Global by


TEL AVIV – ISRAEL. Pentadbiran Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel tidak akan menghantar pulang pendatang Afrika kembali ke negara asal mereka, sebaliknya Tel Aviv telah mencapai persetujuan dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar lebih 16,000 golongan itu ke negara Barat.


“Israel dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sepakat untuk menghantar sekurang-kurangnya 16,250 pendatang Afrika ke negara Barat,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, semalam.


Langah itu sekali gus membolehkan Israel ‘menghalau’ lebih ramai pendatang berbanding rancangan sebelum ini.


Kenyataan itu menambah, baki pendatang yang majoriti daripadanya adalah pecari suaka dibenarkan tinggal di Israel untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.


UNHCR mengesahkan perjanjian itu namun enggan memberikan butiran lanjut.


Pada sidang media berasingan, Netanyahu mengenal pasti Kanada, Jerman dan Itali serta beberapa lagi negara Barat sebagai hos kepada pendatang terbabit.


Ketika ini lebih 42,00 pendatang Afrika berada di Israel dan kebanyakannya berasal dari Eritrea dan wilayah konflik di Sudan.


Mereka enggan dihantar pulang ke negara asal masing-masing kerana mendakwa keadaan tidak selamat.


Lebih 1,400 pendatang pula ditempatkan di dua pusat tahanan termasuk di Pusat Tahanan Holot yang terletak di tengah Gurun Negev.


Tel Aviv mendakwa kebanyakan pendatang Afrika menyusup masuk ke Israel menerusi Mesir. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]