Muar diisytiharkan Furniture City of Malaysia

in Edisi Johor by


BAKRI – Daerah Muar kini diisytiharkan sebagai Furniture City of Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan kejayaan industri itu menjadi pengeluar utama perabot di Malaysia.


Najib berkata, kejayaan itu tidak boleh disangkal apabila sumbangan perabot dari daerah ini mampu mencapai sehingga 70 peratus eksport di Johor.


“Saya melihat potensi industri perabot dan kayu di Muar sangat tinggi pada masa depan. Jadi saya kata kepada (Menteri Besar) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tadi kalau kita cuma lancar Taman Perabot Muar sahaja tak mencerminkan wawasan dan potensi di Muar.


“Jadi saya kata kenapa tidak kita melonjakkan industri ini dengan mengisytiharkan Muar sebagai Bandar Perabot Malaysia. Ini adalah tawaran istimewa saya kepada rakyat Muar,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan pecah tanah Taman Perabot Muar dan pelancaran Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) di sini, sebentar tadi.


Hadir sama, Mohamed Khaled; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.


Terdahulu, pengumuman itu dibuat selaras dengan pelancaran Taman Perabot Muar yang akan dibangunkan di atas tapak berkeluasan 399.2 hektar di Bakri, di sini.

 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]