Penjawat awam dilarang aktif kempen PRU14

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Mana-mana penjawat awam di negeri ini dilarang aktif menggerakkan jentera mana-mana parti menjelang PRU14.


Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan, jika ada kakitangan awam khususnya di Terengganu, mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.


“Setakat ini belum ada apa-apa permohonan mengenainya.


“Tapi kita tahu ada sebahagian anggota kita (kakitangan awam di Terengganu) yang berada dalam jentera parti dan sebagainya, mereka ini dapat kebenaran terutama kakitangan bawahan,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]