PUNB tawar tempoh pembiayaan 10 tahun

in Bisnes by


PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun kepada mereka yang berminat, mulai Mac lalu.


Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, berbeza dengan sebelum ini berikutan tempoh maksimum ditetapkan selama tujuh tahun seperti institusi perbankan.


“Ini kelebihan kita berbanding bank, (sebab beri) tempoh tambahan tiga tahun. Semua (kategori peminjam) layak menikmati kelebihan ini.


“Peminjam sedia ada yang nak buat penjadualan semula (pinjaman) pun boleh. Tapi kena mohon (di pejabat PUNB).


“10 permohonan dah diterima di Negeri Sembilan melibatkan peminjam baru. Tapi belum ada peminjam lama nak buat penjadualan semula setakat ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian pejabat PUNB cawangan Negeri Sembilan di Pusat Dagangan Seremban 2, berhampiran Dataran Centrio, di sini, hari ini.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad; Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Jamelah A Bakar dan Pengurus cawangan Negeri Sembilan, Hairul Izham Zuhri.


Selain itu, beliau turut berkesempatan melancarkan Buku Kisah Kejayaan 50 Usahawan PUNB Negeri Sembilan.


Mengulas lanjut, kata Mohd Ali, pihaknya mengambil langkah sedemikian selepas mempertimbangkan beberapa faktor.


“Antaranya sebab ramai (peminjam sedia ada) minta nak buat penjadualan semula (pinjaman).


“Lagipun lebih mudah nak kira bayaran balik (pembiayaan) ikut tempoh 10 tahun,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]