RM28 juta kepada IPK Kelantan

in Edisi by


KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukkan RM28juta bagi menaiktaraf kemudahan dan bangunan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.


Beliau berkata, peruntukan termasuk tujuan mengecat semula bangunan, menukar lif kepada baharu dan mengubah suai dewan terbuka.


“Bangunan perlu dicat semula, lif yang rosak gantikan dengan yang baharu dan dewan ini tidak lagi sesuai serta perlu dinaiktaraf,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Pemimpin Bersama Warga PDRM di Dewan Terbuka IPK, tadi.


Beliau berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota dan pegawai.   


Selainnya, beliau turut mengumumkan peruntukkan berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPK, manakala peruntukkan RM10,000 kepada setiap Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah.


“Dalam masa sama, saya mohon pada waktu terdekat ini (PRU14) Ketua Polis; Timbalan, Ketua Polis Daerah dan ketua jabatan harus tentukan tidak berlaku insiden sama ada di lokasi panas dan tegang,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]