Ronaldo terus hantui Juventus

in Sukan by


DUA gol jaringan Cristiano Ronaldo pada setiap babak memastikan langkah cemerlang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat Suku Akhir Pertama apabila membantu pasukan membenam Juventus, 3-0  pada aksi di Stadium Allianz, Turin Itali, sebentar tadi.


Selain Ronaldo yang beraksi cemerlang, pemain pertahanan, Marcelo Viera turut mencetak nama selaku penjaring gol ketiga pasukan ketika perlawanan berbaki 18 minit separuh masa kedua berakhir.


Pada perlawanan tersebut, Ronaldo membuktikan bisanya selaku peledak utama Real Madrid apabila mengegarkan jaring gol tuan rumah seawal minit ketiga perlawanan sebelum meledak gol kedua pada minit 64 dengan sepakan gunting yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Gianluigi Buffon sekadar terpaku memerhati bola melintas garisan gol.


Tuan rumah terus dirundung derita apabila perancang utama pasukan, Paulo Dyabala dilayangkan kad merah selang dua minit kemudian selepas mengasari pemain lawan.


Kelebihan pemain nyata dimanfaatkan pelawat yang terus memberi memburu gol sebagai bekalan selesa untuk aksi timbal balik dilaman sendiri dan usaha tersebut berhasil apabila Marcelo menjaringkan gol pada minit ke 72.


Juventus cuba bangkit memburu gol semangat dan saguhati namun usaha tersebut tidak kesampaian susulan kekebalan benteng pelawat sehinggalah tamat perlawanan.


Sementara itu, dalam satu lagi pertembungan peringkat suku akhir pertama di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan diantara Sevila dan Bayern Munich, jaringan gol sendiri pemain Sevila, Jesus Navas pada minit ke 37 dan ledakan gol dari Thiago Alcantara (m-68) memastikan bekalan selesa pelawat selepas mengatasi Sevila, 2-1.


Tuan rumah memperolehi gol tunggal hasil jaringan Pablo Sarabia pada minit 32.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]