Serangan ‘geng bawang’ Nusantara tundukkan YouTube

in Nasional by


SHAH ALAM – Sikap kebersamaan rakyat Nusantara yang mempertahankan masakan tradisi asli mereka akhirnya berjaya menundukkan YouTube.


Mana tidaknya, semakan terbaru Sinar Harian terhadap video episod yang memaparkan penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi MasterChef UK, telah dipadamkan.


Pada mulanya, laman tersebut hanya menutup ruangan komen, namun mungkin disebabkan faktor kritikan ‘berapi’ daripada geng ‘makcik dan pakcik bawang’ membuatkan YouTube mengambil tindakan terus memadamkan akaun siaran berkenaan sekitar jam 11 pagi tadi.


Netizen bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia dan Brunei bersatu padu memberi komen dan kritikan terhadap video YouTube berkenaan.


Kritikan netizen berpunca daripada tindakan juri pertandingan itu, John Torode dan Gregg Wallace terhadap juadah nasi lemak rendang ayam yang dimasak Zaleha yang sebelum ini mengatakan ayam rendang masakan Zaleha tidak rangup.


[ARTIKEL BERKAITAN: Rendang tak rangup cetus kemarahan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Mana ada orang makan rendang ayam crispy: Najib]

[ARTIKEL BERKAITAN: Zaleha, rendang ayam penyatu rakyat: Anifah]


Seperti yang diketahui umum, secara tradisinya rendang ayam memang ayamnya dimasak tidak rangup.


Zaleha, 48, berasal dari Kuantan, Pahang merupakan salah seorang peserta MasterChef UK musim ke-14.


Penyertaan Zaleha berakhir pada peringkat suku akhir kerana juri mendakwa ayam rendangnya tidak rangup, selain turut mendakwa kuah rendang ‘tidak sesuai diletakkan berasingan’.


Selain netizen, chef selebriti. Chef Wan juga turut memberikan kritikan terhadap komentar juri tersebut.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]