Hospital Melaka cari waris si mati

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Hospital Melaka meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris atau kenalan si mati bernama Azizah Abdul Rahman, beralamat di No. 7698 Jalan Siantan 2/4 Tengkera, Melaka.


Allahyarham yang berusia 64 tahun telah meninggal dunia pada 26 Mac lalu dan kini mayatnya masih di tempatkan di Jabatan Forensik Hospital Melaka.


Keluarga atau kenalan si mati boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka di talian 06-2892344 atau 06-2892072.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]