Israel batal perjanjian hantar migran Afrika ke negara Barat

in Global by


TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini membatalkan perjanjian dimeterai bersama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)  untuk menghantar lebih 16,000 migran Afrika ke negara Barat, sehari selepas persetujuan dicapai.


Netanyahu berkata keputusan diambil selepas berunding dengan penduduk di selatan Tel Aviv, yang menjadi tempat tinggal ramai pendatang Afrika terbabit.


Menurutnya, kini semua pilihan akan dipertimbangkan bagi mengusir pendatang.


Sementara itu, UNHCR berkata keputusan Netanyahu adalah amat mengecewakan dan menggesa Tel Aviv untuk menimbangkan semula perkara tersebut.


Mengikut rancangan lima tahun yang dipersetujui, 16,250 pendatang Afrika yang kebanyakannya masuk secara haram melalui Mesir bagi mencari suaka perlindungan akan ditempatkan semula ke negara Barat termasuk Jerman, Itali dan Kanada.


Bagi setiap pendatang yang ditempatkan di luar negara, Israel akan memberikan “kediaman sementara” kepada pendatang di Israel.


Namun rancangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan anti pendatang dan ahli politik berpengaruh dalam pentadbiran Netanyahu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Israel mahu hantar migran Afrika ke negara Barat ]


Kanada bagaimanapun akan tetap menerima sejumlah pendatang dari Israel berikutan perjanjian berasingan yang dimeterai dengan Tel Aviv.


Ketika ini lebih 42,000 pendatang Afrika berada di Israel dan kebanyakannya berasal dari Eritrea dan wilayah konflik di Sudan. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]