Mahathir ibarat pelakon sama dengan skrip berbeza

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan (Harapan) disifatkan sebagai persembahan pelakon sama yang tampil dengan skrip berbeza.


Kritikan ini datangnya daripada Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad yang menyatakan rakyat Malaysia akan kembali ke situasi silam menyaksikan seorang pelakon yang tidak mahu tinggalkan pentas dan  terperangkap dengan nafsu dan  harapan lama bukannya potensi sebenar.


“Hari ini kita kembali berpusing balik kepada satu keadaan skrip yang dah berubah tetapi pelakonnya sama.


“Kita kembali kepada pelakon yang tak nak tinggalkan pentas, saya pun tak tinggalkan pentas tapi watak tidaklah terlalu besar,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran buku Malaysia Tanpa BN? Di Parlimen, hari ini.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyatakan rasa simpatinya kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa menerima calon Perdana Menteri ‘lama’ walaupun kali ini ditampilkan  dengan variasi dan perubahan sementara menanti figura Perdana Menteri sebenar bebas dari tirai besi.


“Kadang-kadang saya rasa kasihan kepada rakyat Malaysia, 20 tahun kita masih diminta untuk letakkan orang yang sama sebagai pedana menteri walaupun kali ini ada variasi ada perubahan sementara dia nak tunggu yang dibalik itu dikeluarkan akan ada perdana menteri yang sementara.


“Tetapi beliau bawa satu keaadan di mana Malaysia terperangakap dalam cerita lama hanya skrip saja baharu tapi  pelakon lama dengan watak baharu. Inilah belenggu yang dihadapi oleh rakyat dalam PRU14,” kata beliau.


Namun menurut Shahrir, hanya BN yang mampu menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara.


“Politik kita (eye level) mata memandang ia bukan politik besar yang janjikan perubahan reformasi yang besar janji-janji.


“Tetapi politik yang menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara,” tegasnya.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]