Mahu Kit Siang, Cheng Hau kekal

in Politik by


JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Gelang Patah mahu kepimpinan tertinggi parti meletakkan gandingan Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang dan Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau di parlimen tersebut pada PRU14 nanti.


Pengerusinya, Lee Chee Hiang berkata, pihaknya sudah menghantar resolusi untuk kali kedua agar mencalonkan semula Kit Siang dan Cheng Hau sebagai calon Pakatan Harapan (Harapan) bagi kerusi Parlimen Iskandar Puteri (dulu Gelang Patah) dan Dun Skudai.


Menurutnya, jawatankuasa itu sebulat suara namakan Kit Siang dan Cheng Hau dalam resolusi pertama pada Januari lalu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.


“Bagi pihak jawatankuasa di peringkat Parlimen dan cawangan, kami berhasrat mengekalkan Kit Siang dan Cheng Hau bagi calon Harapan demi mengekalkan kemenangan di dua kerusi ini.


“Saya memuji usaha Kit Siang dalam membina DAP. Malah Cheng Hau dah bekerja lebih 20 tahun bina akar umbi DAP di Skudai.


“Saya harap semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi parti dan negeri menghormati DAP Parlimen Gelang Patah dan cawangannya untuk kekalkan Cheng Hau di Skudai,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, jawatankuasa itu juga ulangi pendirian namakan Kit Siang dan Cheng Hau sebagai pilihan untuk tanding di dua kerusi itu.


PRU13 lalu, Kit Siang tewaskan calon BN, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi bagi kerusi P.162 Gelang Patah.


Sementara Cheng Hau pula menang ke atas calon BN, Liang Ah Chy dengan majoriti 18,050 undi pada PRU lalu, sekali gus mengekalkan kerusi Dun Skudai yang dimenanginya sejak PRU 2008.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]