Pejalan kaki tersepit bawah kereta hampir sejam

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki lelaki nyaris maut apabila tersepit bawah kereta Perodua Myvi  yang melanggarnya dalam kejadian di hadapan Hotel Corus, Jalan Ampang, kira-kira jam 7.10 pagi tadi.


Mangsa, berusia 30an, terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi pada kira-kira 7.25 pagi.


Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.15 pagi dan sampai ke lokasi 10 minit kemudian dan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit di bawah Perodua Myvi yang terbabas ke bahu jalan.


Menurutnya, mangsa yang cedera parah didapati masih bernyawa, anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa dengan mengangkat kenderaan berkenaan secara berhati-hati.


“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit terpaksa dilakukan dengan berhati-hati dan mengambil masa kerana bimbang berlakunya tumpahan minyak.


“Kita juga bimbang mangsa berlaku kecederaan lebih teruk terhadap mangsa jika berlaku kesilapan ketika kerja mengangkat kereta itu.


“Mangsa berjaya dikeluarkan sekitar jam 7.50 pagi,”katanya.


Sementara itu, dia lagi mangsa iaitu pemandu lelaki dan penumpang wanita Perodua Myvi masing-masing berusia 30an yang mengalami kecederaan ringan.


Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]