Pengasuh tak boleh harap

in Global by


TAIPEI – TAIWAN. Sebuah rakaman menggemparkan yang dimuat naik, semalam menunjukkan seorang pengasuh bertindak memukul bayi perempuan berusia lapan bulan di bawah jagaannya sambil bermain telefon bimbit.


Wanita dikenali sebagai Chen, 26, itu dilihat menepuk dada bayi itu dengan kuat kononnya untuk menghentikan tangisannya.


Rakaman berdurasi tiga minit yang diambil pada 26 Mac lalu jelas memaparkan pengasuh terbabit menggoncang bayi tersebut dan dia mula menangis apabila Chen mengesat mulutnya dengan kasar.


Dia kemudiannya memukul dada mangsa sebanyak sembilan kali sebelum menolaknya.


Keluarga Chen bagaimanapun menafikan perkara itu dan mendakwa sudut kamera telah menyebabkan banyak pihak salah faham dengan perbuatannya.


“Dia tidak menolak bayi itu sebaliknya meletakkannya di atas lantai dengan berhati-hati. Anda tidak boleh menilai tindakannya hanya dengan melihat rakaman tersebut,” kata ahli keluarganya.


Satu siasatan telah dilancarkan oleh Jabatan Kebajikan Sosial di daerah Changhua selepas menerima aduan ibu bapa kepada bayi tersebut.


Pemeriksaan yang dilakukan ke atas bayi itu mendapati ia tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa kini diletakkan di bawah jagaan neneknya.


Menurut akhbar Apple Daily, jika disabit bersalah, dia boleh dikenakan denda sehingga 7,300 pound (RM40,000). – Daily Mail

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]