Public Mutual lancar siri e baharu

in Bisnes by


ANAK syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, melancarkan dana siri e baharu, iaitu Public e-Islamic Flexi Allocation Fund (PeIFAF).


PeIFAF bertujuan mencapai pertumbuhan modal bagi jangka sederhana dan panjang menerusi pelaburan sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersih (NAV) dalam ekuiti patuh syariah atau sukuk.


Dana itu juga akan melabur sehingga 30 peratus daripada NAV dalam aset asing patuh syariah di Asia Utara, Asia Tenggara, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan.


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, dana tersebut mempunyai mandat dana anjal yang membolehkan pengurus dana menjana keuntungan daripada peluang pelaburan selain membenarkan ia memanfaatkan aliran dan pelaburan positif dalam pasaran domestik dan asing terpilih.


“Oleh itu, PeIFAF sesuai untuk pelabur jangka sederhana dan panjang yang mahu mendapatkan pertumbuhan modal melalui peruntukan portfolio anjal di semua ekuiti patuh syariah dan sukuk,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]