Sembelih, lapah, masak beruang matahari

in Global by


PEKAN BARU –  INDONESIA. Sekumpulan lelaki Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas rakaman video menunjukkan mereka sedang melapah dan memasak beruang matahari yang sudah disembelih tersebar.


Ketua polis tempatan, Christian Rony berkata, semua lelaki berumur antara 33 hingga 51 tahun yang berasal dari pulau Sumatera itu didakwa mengikut Undang-Undang Alam Sekitar, sabit kesalahan boleh didenda sehingga 100 juta rupiah (RM27,710) dan penjara lima tahun.


Menurut laporan, empat ekor beruang matahari terperangkap dalam jerat dipasang suspek, mereka kemudian memukul dan menembak mati haiwan terbabit.


Beruang matahari yang juga spesies beruang terkecil disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam sebagai haiwan terancam. Ia hidup di hutan tropika dan paya tropika di Asia Tenggara. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]