Tak putus tarikh bubar Dun

in Politik by


RAWANG – Kerajaan negeri belum memutuskan tarikh bagi pembubaran Dun Selangor.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu bergantung kepada keadaan sama ada dibubar lebih awal atau selepas pembubaran Parlimen.


“Mandat diberikan oleh rakyat cukup kuat dan kita sekarang mahu laksanakan mandat tersebut.


“Bergantung keadaan awal atau kemudian lihat kepada keadaan semasa,” jawabnya ringkas.


Dalam perkembangan lain, beliau turut menjelaskan bahawa isu pengagihan kerusi bakal diselesaikan dalam masa terdekat.


“Dah mula bincang dan dijangka selesai dalam satu atau dua hari ini.


“Soal saya bertanding di Gombak atau tidak itu dalam rahsia negara,” selorohnya.


Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor sebelum ini memberikan jaminan isu pengagihan kerusi akan diselesaikan secepat mungkin.


Pengagihan kerusi sepatutnya selesai pada 7 Februari lalu namun terdapat beberapa kerusi yang belum dimuktamadkan susulan pertindihan diantara parti komponen dalam Pakatan Harapan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]