24 maut gara-gara minum arak buatan sendiri

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Seramai 24 orang dilaporkan maut gara-gara meminum campuran air Coca Cola, alkohol dan minuman tenaga yang dijual seorang peniaga.


Menurut pihak polis, seorang pemilik kedai di Jakarta ditangkap kerana menjual arak buatan sendiri di gerai herba miliknya.


16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.


Beberapa lagi mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


“Peniaga itu mengaku mencampurkan alkohol tulen dengan minuman Coca Cola dan minuman tenaga. Dia menyangka minuman tersebut selamat tetapi ia menyebabkan kematian,” kata ketua polis Jakarta Selatan, Indra Ja’far.


Ujarnya, sebahagian minuman campuran bahaya itu mungkin datang daripada pengedar tunggal yang menjualnya kepada peniaga tempatan.


“Pihak kami yakin terdapat pengedar besar di sebalik kes ini,” kata ketua polis Jakarta Timur, Tony Surya Putra.- Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]