30 anggota militan maut di Mali

in Global by


PARIS – Sekurang-kurangnya 30 militan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Perancis dan Mali berhampiran sempadan Mali dengan Niger, kata tentera Perancis hari ini.


“Pertempuran itu melibatkan sekumpulan kira-kira 60 anggota militan di kawasan Akabar pada Ahad,” kata jurucakap tentera, Kolonel Patrik Steiger.


Steiger menambah, beberapa tentera Mali maut dalam pertempuran tersebut namun tiada kehilangan nyawa melibatkan tentera Perancis.


Tentera Perancis dan Mali bergabung sejak 28 Mac lalu untuk menawan kembali Akabar yang dikawal militan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]