Bapa ditetak anak kandung

in Edisi by


KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai penyakit kurang siuman bertindak menetak bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kuala Besar, disini.


Warga emas, Che Kob Hussin, 66, ditetak menggunakan sebilah parang oleh pelaku yang berusia 35 tahun, selepas dipercayai berlaku perselisihan faham.


Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 1 petang itu, beliau terdengar bunyi bising melalui rumah yang didiami warga emas tersebut dan mendapati mangsa yang dikenali sebagai ‘Pak Ya’ cedera parah, kesan ditetak dibadan.


Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga mangsa ketika di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), namun mereka enggan ditemubual.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek telah pun berjaya ditahan.


Ismail juga memberitahu, hasil siasatan awal polis mendapati suspek menghidap penyakit kurang siuman dan tidak pernah menerima rawatan.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]