Daki bukit selamatkan diri

in Edisi by


GERIK – Dua lelaki terpaksa mendaki bukit demi menyelamatkan diri selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter, di sini, petang tadi.


Kemalangan di Kilometer 16.3 Halan Raya Timur Barat (JRTB) itu menyebabkan kedua-dua lelaki dalam kereta itu mengalami sedikit kecederaan.


Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikenali sebagai Zainal memaklumkan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 4.17 petang tadi.


“Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Persona berada dalam gaung dipercayai  terbabas kerana jalan licin.


“Kedua-dua mangsa dalam kereta itu didapati telah keluar dengan sendiri dari kenderaan dinaiki mereka. Anggota kemudian membantu memimpin kedua-dua mangsa mendaki gaung untuk ke jalan utama.


“Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.


Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.58 petang selepas anggota memastikan tiada lagi mangsa terperangkap dalam kenderaan itu.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]