Piala Presiden: PKNP FC terus cemerlang

in Sukan by


PKNP FC membawa pulang tiga mata berharga apa bila menewaskan Felda United 1-0 pada aksi Piala Presiden di Stadium Mini UPM, Serdang petang tadi.


Kedua-dua pasukanĀ  bermula baik sebaik wisel permulaan, namun buntu untuk membuka jaringan.


Bagaimanapun ketika aksi babak pertama seolah-olah berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, pemain PKNP FC Muhamad Alief Rieza Naharuddin memecah kebuntuan dengan meledak gol sulung perlawanan pada minit ke-45.


Bersambung babak kedua, PKNP semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.


Bagaimanapun, tiada jaringan tambahan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan hingga ke wisel penamat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]