Salman Khan bersalah bunuh haiwan terancam

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Bintang handalan Bollywood, Salman Khan hari ini didapati bersalah oleh mahkamah di Jodhpur kerana memburu antelop daripada spesies ‘blackbuck’ secara haram pada September 1998.


Aktor berusia 52 tahun itu dikatakan memburu serta membunuh dua ekor haiwan terancam terbabit ketika menjalani penggambaran filem Hum Saath Saath Hain di Kankani, Jodhpur.


Pelakon Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam serta seorang penduduk tempatan Dushyant Singh, turut didakwa namun kemudian dibebaskan.


Beliau kini berdepan hukuman penjara enam tahun namun masih boleh membuat rayuan.


Ini bukan kali pertama aktor berbadan sasa itu dikenakan tindakan undang-undang, pada Disember 2015, beliau dibebaskan daripada tuduhan langgar lari yang mengorbankan seorang gelandangan. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]