Bankrap: Had umur individu perlu dikaji semula

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sekretariat Bebas Bankrap (SBB) 2.0 menggesa Jabatan Insolvensi Negara mengkaji semula agar had umur individu yang diisytiharkan bankrap.


Pengerusi SBB 2.0, Datuk Shohaimi Shahadan berkata,  pihaknya mencadangkan agar individu yang berumur 60 tahun ke atas diberi pelesapan daripada status bankrap.


“Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas ini biasanya mereka tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan selain tahap kesihatan tidak mengizinkan, di mana kebanyakkan mereka merupakan penjamin sosial.


“Pada masa sama kita juga akan mewujudkan panel guaman di setiap negeri di seluruh negara bagi membantu individu diisytiharkan bankrap mendapat pelepasan melalui mahkamah.  Setakat ini sebanyak enam panel telah diwujudkan termasuk di Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ,” kata pada selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), antara Sekretariat Bebas Muflis 2.0 SBM 2.0 dan Jabatan Insolvensi Malaysia, semalam.


Majlis MoU itu turut disaksikan, Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.


Katanya, MoU tersebut adalah tanda sokongan dan kerjasama kedua agensi bagi melaksanakan gerak kerja untuk membantu individu terbabit dengan masalah muflis di negara ini.


Pada majlis tersebut, turut disampaikan watikah pelantikan ahli gabungan SBM 2.0 membabitkan 12 badan bukan kerajaan dan kesatuan pekerja.


Dalam pada itu, menurut Shohaimi SBB 2.0 diwujudkan bertujuan untuk memperjuangkan nasib individu-individu yang muflis disebabkan beberapa faktor antaranya menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan mangsa penipuan.


Malah beberapa agenda yang diperjuangkan turut mendapat perhatian kerajaan yang membawa kepada lapan pindaan terhadap Rang Undang-undang Akta Kebankrapan 2016.


“Lapan pindaan yang baharu diluluskan di Dewan Rakyat masih belum difahami dengan sebaik mungkin oleh individu-individu yang muflis di negara ini, begitu juga masih terdapat segelintir individu tidak sedar mereka sudah bebas muflis melalui pindaan akta itu


.“Oleh itu, SBM 2.0 akan menjadi pemudahcara dan akan mengadakan siri-siri jelajah ke seluruh negara bagi mrmberi penerangan serta menjadi orang tengah kepada individu byang muflis di negara ini, di jangka sebaik selesai PRU14,” katanya.


Mengikut statistik, sejak Jabatan Insolvensi Negara ditubuhkan sehingga Februari 2018, sebanyak 303,338 kes kebankrapan dilaporkan.


Di mana Selangor mencatat rekod tertinggi dengan 73,712 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (45,154), Johor (41,841) dan Pulau Pinang (22,600).

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]