Bekas perisik Rusia tidak lagi kritikal

in Global by


LONDON – BRITAIN. Bekas perisik Rusia, Sergei Skripal, 66, yang didakwa telah diracun Moscow kini tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.


“Beliau memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan yang diberikan kepadanya,” kata Pengarah Perubatan di Hospital Daerah Salisbury, Christine Blanshard, hari ini.


Anak perempuannya, Yulia, 33, yang turut diracun dengan agen saraf turut keluar dari keadaan kritikal lapan hari lalu.


Kedua-dua mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejak insiden itu yang berlaku pada 4 Mac lalu.


Semalam, Yulia mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan meminta tempoh untuk bersendirian sementara menunggu untuk pulih sepenuhnya.


“Saya berharap semua pihak menghormati privasi kami sekeluarga sepanjang tempoh pemulihan ini,” katanya. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]