Bekas Presiden Brazil diberi 24 jam serah diri

in Global by


SAO PAULO – BRAZIL. Mahkamah Brazil hari ini mengarahkan bekas presiden Luiz InĂ¡cio Lula da Silva untuk menyerah diri kepada polis dalam tempoh 24 jam bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah.


Hakim Sergio Moro berkata Lula mesti menghadirkan diri ke ibu pejabat polis di bandar Curitiba sebelum jam 5 petang waktu tempatan.


Menurut Moro, Lula yang memegang jawatan presiden antara 2003 dan 2011 akan ditempatkan di sebuah sel khas, berasingan daripada banduan lain bagi menjaga keselamatannya.


Terdahulu, hakim mahkamah agung menolak permohonan Lula untuk kekal bebas ketika rayuan dibuat terhadap kes beliau.


Bekas pemimpin berusia 72 tahun itu mendakwa tuduhan ke atasnya susulan siasatan rasuah diberi nama ‘Operation Car Wash’ adalah bermotifkan politik, ia bertujuan menghalang beliau daripada bertanding jawatan presiden pada Oktober nanti. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]