BN semakin terdesak

in Politik by


SIMPANG – BN dilihat semakin terdesak dalam berhadapan dengan Harapan menjelang PRU14 yang semakin hampir.


Ketua Cabang PKR Bukit Gantang, Chua Yee Ling berkata, ketika ini jelas bukan sahaja terdesak, BN mulai berasa sangat bimbang dan takut.


Menurutnya, selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memutuskan agar parti itu dibubarkan buat sementara waktu semalam, ini juga sebenarnya tanda kemenangan Harapan sudah dapat dilihat.


“Jika benar Harapan tidak mampu menjadi pihak lawan yang kuat kepada BN, mengapa mereka perlu berasa takut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Yee Ling berkata, dia sendiri yakin dengan sokongan rakyat terhadap Harapan.


“Namun kenapa BN membuat keputusan ini dalam keadaan tergesa-gesa iaitu sebelum Parlimen dibubar,” katanya.


Mengulas lanjut, Yee Ling berkata, tindakan tersebut juga dilihat seolah-olah seperti ada motif politik di belakangnya.


“Malah pembubaran Bersatu ini juga seperti mahu menghalang parti itu daripada bertanding pada PRU14 nanti.


“Namun semakin kita ditekan, semakin kita akan lawan balik.


“Selain itu, difahamkan malam ini akan ada satu pengumuman besar oleh Tun Mahathir di Johor,” katanya.


Terdahulu RoS memutuskan Bersatu dibubarkan sementara waktu.


Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, tempoh pembubaran tersebut adalah selama 30 hari, namun sekiranya Bersatu gagal memenuhi beberapa tuntutan yang dikehendaki dan perintah itu akan menjadi mutlak serta parti berkenaan juga akan dibatalkan pendaftarannya.


#pru14 #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]