'Britain sedang bermain dengan api'

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Rusia memberi amaran keras kepada Britain supaya berhati-hati kerana ia sedang ‘bermain dengan api’ berikutan tuduhan yang mendakwa negara pimpinan Vladimir Putin itu terlibat dalam insiden racun bekas perisik Kremlin.


Duta Moscow ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzia menegaskan tuduhan tersebut adalah ‘cerita tidak benar’ dan mendakwa Britain cuba melancarkan perang propaganda terhadap Rusia.


“Rakan kami dari Britain sedang bermain dengan api, hati-hati jika terbakar,” katanya ketika satu mesyuarat khas PBB di New York semalam.


Nebenzia berkata agen saraf Novichok yang didakwa digunakan untuk meracun bekas perisik Rusia Sergei Skripal 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, pada 4 Mac lalu di Salisbury, bukanlah ‘hak milik’ Rusia sebaliknya ia turut dibangunkan di beberapa negara lain.


Sementara itu, wakil Britain ke PBB, Karen Pierce berkata Moscow patut disyaki kerana mempunyai “rekod melakukan pembunuhan yang ditaja kerajaan”.


Rusia juga dituduh merendahkan maruah pertubuhan dunia itu dengan meminta untuk turut serta dalam siasatan berhubung insiden berkenaan, permintaan tersebut bagaimanapun ditolak Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) kelmarin.


[ARTIKEL BERKAITAN : Rusia gagal desak siasatan bersama kes racun perisik ]


Setakat ini lebih 20 negara menyokong Britain sebagai tanda solidariti berikutan tindakan awalnya mengusir 23 diplomat Rusia. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]