Dun Johor bubar esok

in Edisi by


ISKANDAR PUTERI – Dun Johor akan dibubarkan esok selari dengan pembubaran Parlimen.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini, untuk mendapatkan perkenan pembubaran Dun.


“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok. Memandangkan itu, barisan exco Johor bersetuju dan menyahut seruan perdana menteri supaya dapat diselaraskan pembubaran ini.


“Maka, kita bersetuju membawa sembah kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mendapat perkenan supaya Dun Johor dapat dibubarkan juga berkuatkuasa esok. Selepas mesyuarat khas exco ini, saya akan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Azmi Rohani) menghadap Tuanku Sultan Johor untuk mendapat perkenan tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Johor di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, di sini, hari ini.


Mohamed Khaled berkata, dengan pembubaran Dun Johor, kerajaan negeri yang sedia ada akan menjadi sebuah kerajaan sementara.


“Maka, Adun dengan sendirinya tidak lagi menjadi Adun. Tetapi bagi kerajaan negeri, menteri besar dan exco masih lagi ada untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawab mana yang sesuai,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]