Hakisan tebing semakin menghampiri

in Edisi by


CHETOK – Kurang semeter sahaja lagi, hakisan tebing akan menjejaskan kediaman penduduk di Kampung Pasir parit.


Penduduk, Tiu Hock Tong  berkata, dia memohon pihak berkenaan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan benteng kerana hakisan semakin menghampiri beranda rumahnya.


Menurutnya, kerja-kerja mengatasi masalah hakisan di Sungai Kelantan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berjaya dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.


Katanya, dia mendapat tahu, pembinaan benteng diserahkan kepada pihak lain.


“Saya rayu pihak berkenaan mempercepatkan pembinaan benteng sebab saya risau dengan keselamatan saya, isteri dan 5 anak saya.


“Sesuai dengan musim panas ketika ini, kerja-kerja pembinaan Benteng akan menjadi lebih mudah tapi jika  kerja ini ditangguh, saya risau tengkujuh akan menjejaskan lagi rumah saya,”  katanya.


Tiu berkata, pihak berkenaan sepatutnya memulakan kerja dengan cepat kerana paras air sungai ketika ini agak cetek.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]