Jalan runtuh di Institut Aminuddin Baki

in Edisi by


BENTONG- Jalan utama di Institut Aminuddin Baki di sini tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan  akibat tanah runtuh awal pagi, semalam


Bagaimanapun, runtuhan tanah sepanjang kira-kira 30 meter itu tidak menjejaskan penghuni asrama yang boleh menggunakan laluan alternatif untuk keluar.


Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu.


“Pada masa ini pihak berkenaan dan polis melakukan pemantauan di kawasan tanah runtuh di Jalan Gunung Bunga Buak dekat Institut Aminuddin Baki itu.


“Runtuhan hanya melibatkan kawasan di dalam Institut Aminuddin Baki dan tidak menjejaskan pengguna jalan raya yang hendak ke Genting Highlands,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Sementara itu, Pegawai APM Daerah Bentong  Zulkhairi Adek Awang berkata, walaupun laluan tersebut tidak dapat dilalui namun masih terdapat jalan alternatif untuk menghubungkan Institut Aminuddin Baki.


“Punca kejadian tanah runtuh masih dalam siasatan dan jalan yang runtuh ini tidak langsung menggangu pengunjung ke Genting Highlands kerana hanya melibatkan di dalam institut tersebut sahaja.


“Buat sementara waktu, pihak berwajib akan menutup tanah runtuh dengan kanvas bagi mengelakkan runtuhan lebih serius,”katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]