Kaki lalok ditahan dalam ops berasingan

in Edisi by


TANAH MERAH – Tiga lelaki ditahan positif pil kuda manakala seorang Orang Kena Pengawasan (OKP) turut ditahan kerana melanggar syarat pengawasan dalam dua operasi berasingan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini di Lalang Pepuyu dan Kampung Jerangau di sini.


Ketiga-tiga lelaki positif pil kuda itu, ditahan dalam ops di Lalang Pepuyu yang turut disertai Agensi Kawalan  Sempadan (AKSEM) manakala OKP terbabit ditahan di Kampung Jerangau.


Ketua Cawangan Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Tanah Merah, Basri Mansor, berkata, tiga lelaki itu dikenalpasti positif pil kuda hasil ujian urin yang dijalankan.


“Manakala OKP yang ditahan atas kes langgar syarat Pengawasan Sek 6(2)(c) APD 1983 ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang untuk tindakan lanjut.


“Pihak ADDK sentiasa mengadakan ops bersepadu bersama agensi dalam usaha mengekang kegiatan penagihan dadah.


“Ops seumpama ini kita jalankan dari masa ke semasa bagi memberi peringatan kepada orang ramai bahawa kita tidak memandang ringan aktiviti penagihan di daerah ini,” katanya.


Basri berkata, ops yang dijalankan tidak hanya bertumpu di kawasan bandar malah turut diadakan di kawasan kampung dan sekitar lokasi yang dikenal pasti.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]