Kepala tertusuk gunting besar

in Global by


BEIJING – CHINA. Wanita ini sememangnya bernasib baik walaupun selepas kepalanya tertusuk dengan gunting.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 57 tahun sedang memangkas daun mahogani menggunakan gunting yang diikat pada tiang buluh sebelum ia terputus secara tiba-tiba.


Menurut Pear Video, wanita bernama Shen Xiaoying menaiki bas dari rumahnya di Xiangyang di wilayah Hubei ke Hospital Xianyang No 1 selepas insiden pada Rabu lalu.


“Xiaoying mendakwa dia tidak dapat mencapai pokok tersebut dan memutuskan untuk mengikat gunting terbabit. Malangnya tali itu terputus dan gunting itu tertusuk pada kepalanya. Ketika itu, tiada sesiapa di rumahnya dan dia membuat keputusan untuk pergi sendiri ke hospital dalam keadaan tersebut,” jelasnya.


Bilah gunting itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi dua pembedahan invasif minimal.


Sementara itu, doktor yang merawatnya mendakwa bilah itu tertusuk pada kedalaman kira- kira 3.8 sentimeter dan mengenai otaknya. – Daily Mail


Source: SH Global

[featured-video-plus]