Kereta Honda siapa terbakar?

in Edisi by


JERANTUT – Sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV terbakar pagi semalam di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Jerantut ke arah Jengka.


Bagaimanapun, tiada yang tahu pemilik kenderaan itu dan difahamkan, masih belum ada pihak yang tampil bagi membuat laporan.


Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hassan.


Dalam pada itu, Penolong Penguasa Bomba Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 2 Pahang, Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sekitar jam 6.43 pagi.


Katanya, sebuah jentera dan lima anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.12 pagi.


“Kenderaan itu dipercayai terbabas ke tepi jalan dan terbakar keseluruhannya. Ketika tiba di lokasi api sedang marak.


“Anggota bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aluran salur bantu mula air tangki jentera hingga api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya.


Mohd Arshad berkata, pihaknya gagal mendapatkan pemilik kenderaan bagi membantu siasatan sumber nyalaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]