Nelayan terlepas ke tali gantung

in Edisi by


TAIPING – Mahkamah Tinggi Taiping hari ini melepas dan membebaskan seorang nelayan daripada pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 36.1 gram, dua tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman Asmadi Hussin membuat keputusan itu terhadap Ong Eng Koe, 49, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Mengikut pertuduhan, Eng Koe didakwa  mengedar  dadah jenis heroin seberat 21.2 gran dan monoacetyorphines sebanyak 14.9 gram di sebuah rumah beralamat No 121A, Bagan Seberang, Kuala Kurau pada jam 4.30 pagi, 8 November 2016.


Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chia Huey Ting manakala tertuduh diwakili peguam K.Nahtan.


Sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada Ogos tahun lalu, pihak pendakwaan memanggil seramai lapan  saksi, manakala pembelaan memanggil tiga orang  saksi termasuk tertuduh untuk memberikan keterangan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]