Smart Sofa OSIM uDiva 2 janjikan keselesaan

in Bisnes by


OSIM Malaysia Sdn Bhd (Osim) optimis pelancaran produk terbaharu, Smart Sofa OSIM uDiva 2 mampu pacu pertumbuhan jualan yang terdahulu.


Pengurus Besarnya, Chia Sook Fun berkata, Smart Sofa OSIM uDiva 2 merupakan Smart Sofa yang pertama di pasaran.


“OSIM mencipta OSIM uDiva 2 Smart Sofa ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.


“Jadi kami optimis pelancaran produk baharu ini mampu memacu pertumbuhan jualan Osim yang terdahulu mengikut kepada perkembangan pasaran semasa,” katanya pada Pelancaran Smart Sofa OSIM uDiva 2 di Petaling Jaya, semalam.


Katanya, dengan penggabungan teknologi urut yang unik dan terkemuka, produk terbaharu ini lengkapi tiga manfaat iaitu sebagai sofa, kerusi urut dan kerusi baring, sekali gus membantu pengguna berehat memulihkan tenaga serta meringankan tekanan setelah seharian penat bekerja.


“Dalam masa sama, Smart Sofa serba boleh ini bukan sahaja menyenangkan keperluan secara estetika, tetapi turut bantu jimatkan ruang sehingga 34 peratus di rumah kerana apabila tidak digunakan, ia boleh disimpan untuk menawarkan lebih banyak ruang rumah untuk kegunaan-kegunaan lain.


“Dengan gabungan patent “Hybrid Power-ball Massage Ball Technology” dan patent “Hyper-power Foot Massage Technology”, Smart Sofa ini boleh membawa kenikmatan gaya hidup yang maksimum kepada pengguna,” katanya.


Tambahnya, produk ini dilengkapi dengan reka bentuk pengawal yang anggun di mana ia disertakan dengan pengawal lampu, rekaan wayar tersembunyi untuk kemudahan pengguna walaupun di bawah cahaya yang rendah.


“Smart Sofa OSIM uDiva 2 adalah sofa yang unik. Ia boleh didapati dalam empat warna berbeza. Pengguna boleh memilih warna Smart Sofa OSIM uDiva 2 mengikut citarasa,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]