11street beri tawaran hebat sempena ulang tahun ketiga

in Bisnes by


11street (www.11street.my) meraikan ulang tahun ketiganya pada April ini dan pelanggan yang turut menyambutnya dengan memberikan hadiah terbaik dalam angka tiga.


Bagi meraikan ulang tahun ketiga dan semua pencapaian yang telah berjaya dicapai setakat ini, 11street akan berkongsi kejayaan dengan menyediakan tawaran hebat kepada para pelanggan merangkumi peraduan-peraduan menarik, pelbagai kupon diskaun serta hadiah bernilai RM50,000.


Mulai 1 hingga 13 April, 11street akan memulakan Jualan Pantas Hari Jadi yang menawarkan pelanggan atas talian pelbagai produk pada harga bermula RM3 selain pelancaran Jualan Penghabisan Stok Antarabangsa yang menyediakan penghantaran pantas dalam tempoh tujuh hari untuk semua produk yang ditawarkan dari Korea.


Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, 11street Dilancarkan di Malaysia pada 2015, kini merupakan usaha sama di antara Axiata Digital Services dan penyedia platform pasaran e-dagang Korea Selatan, SK Planet.


Katanya, sebagai pasaran atas talian nombor dua di Malaysia, 11street mempunyai lebih 13 juta senarai produk daripada lebih 40,000 penjual di dalam platformnya.  


Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, sejak tiga tahun lalu, 11street menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan dalam beberapa aspek operasi perniagaan, daripada produk hinggalah para penjualnya.


“Sebagai contoh, mulai 2015 hingga 2017, 11street menyaksikan pertumbuhan lebih 300 peratus dari segi nilai dagangan kasar keseluruhan (GMV).


“Kami sangat teruja untuk meraikan pencapaian ini kerana kami yakin Malaysia dijangka menyaksikan kemajuan yang signifikan dalam industri e-dagang pada tahun 2018. 11street mahu menjadi peneraju dalam pertumbuhan industri ini dan terus memenuhi keperluan pembeli atas talian di Malaysia, di samping sentiasa meningkatkan pengalaman para pembeli,” katanya.


Jelasnya, 11street turut mencatat peningkatan lebih 200 peratus dalam jumlah keseluruhan penjual yang mendaftar di platformnya selain pertumbuhan lebih 160 peratus dari segi senarai produk dari tahun 2015 hingga 2017.


“Kategori-kategori yang mencatat prestasi memberangsangkan termasuklah bayi & kanak-kanak, telefon mudah alih & tablet serta kulit & penjagaan diri.


“Bukan itu sahaja, 11street juga telah menjual lebih 500,000 e-baucar produk makanan & minuman serta perkhidmatan pada tahun 2017. Produk paling laris adalah alat rakam video kereta, buku foto, serta baucar tiket wayang dan petrol,” katanya.    


11street mendedahkan bahawa dalam tempoh tiga tahun, semakin ramai pembeli membuat pembelian secara atas talian untuk produk-produk automotif, hiasan rumah, jam tangan pintar serta barang kemas & aksesori wanita.


Hoseok Kim berkata, kategori-kategori ini disifatkan sebagai kategori paling pantas berkembang berdasarkan kepada jumlah pesanan yang diterima oleh 11street sementara jenama memperlihatkan prestasi cemerlang ialah Firefly, Laneige, Petronas, Samsung dan Unilever.


“Selain itu, dapatan juga menunjukkan tiga negara teratas yang mempunyai produk-produk terlaris dan menerima jumlah tempahan paling banyak daripada pembeli di Malaysia ialah China, Korea dan USA.


“Kami tidak merancang untuk memperlahankan rentak buat masa kini. Selain daripada jumlah penjual yang mendaftar dengan pasaran atas talian, 11street sentiasa komited menambah baik kualiti penjual menerusi program pembangunan penjual, Seller Zone dan 11street Academy,  program persijilan e-dagang yang pertama mendapat pengiktirafan di Malaysia.   


“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan dan kesetiaan mereka selama ini. Pada 2018, kami akan terus komited memperkayakan kehidupan harian rakyat Malaysia dengan membawakan rangkaian pilihan produk yang luas, daripada barangan khas sehinggalah keperluan harian pada harga kompetitif kepada pengguna,” katanya.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]