Dun Kedah bubar hari ini

in Politik by


ALOR SETAR –  Dun Kedah dibubarkan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menghadap serta menyembah maklum kepada Sultan Sallehuddin untuk mendapat perkenan.


Beliau berkata, dengan pembubaran Dun, kerajaan memulangkan kuasa memilih kepada 1.2 juta pengundi di Kedah.


“Sehubungan itu, BN tetap komited untuk terus memacu agenda kemajuan Kedah demi masa depan rakyat menerusi pelbagai dasar merakyat yang sudah digerakkan dan disusun termasuk Pelan Pembangunan Kedah 2019-2035 selain Manifesto BN Kedah yang praktikal dan boleh dicapai.


“Kita menjanjikan dasar-dasar rakyat yang mudah dilaksana dan impaknya cepat dapat dirasai rakyat,” katanya, dalam kenyataan media, semalam.


Ahmad Bashah menyeru kepada seluruh pengundi Kedah untuk bermuafakat dalam satu barisan yang sama untuk membolehkan kerajaan ini diberi mandat baharu.


“Pembuktian ‘track record’ sebelum ini dan dengan tawaran pakej kemajuan yang merata lagi menarik bersulam calon-calon yang terbaik, saya harap pengundi memberi kerajaan Sunnah Wal Jamaah ini mandat baharu.


“Saya selaku menteri besar berikrar akan memastikan usaha kerajaan di bawah kepimpinan BN terus maju,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]