'Guardiola berbohong!'

in Sukan by


EJEN bola sepak kontroversi, Mino Raiola menempelak kenyataan Pep Guardiola yang mengatakan beliau pernah menawarkan Paul Pogba kepada pengurus berbangsa Catalan itu.


Raiola dengan geram menegaskan pengurus Manchester City itu berbohong kerana perkara itu tidak pernah berlaku.


“Saya tidak pernah berbincang dengan Pep (Guardiola) soal pemain. Biasanya saya akan terus berbincang dengan pengurusan Manchester City,” tegasnya.


Permusuhan di antara Raiola dan Guardiola bukan lagi isu baharu kerana kedua-dua mereka pernah bertelagah ketika Raiola membawa masuk Zlatan Ibrahimovic ke Barcelona sebelum ini


Malah, Raiola turut pernah menggelar Guardiola sebagai seorang yang pengecut kerana masih berdendam dengan layanannya kepada Ibrahimovic, Maxwell dan beberapa pemain lain di bawah kendaliannya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]