'Nasib kami akan berubah…'

in Sukan by


PENGURUS Chelsea, Antonio Conte yakin pasukannya akan kembali ke landasan kemenangan ketika menjamu kedatangan West Ham United ke Stamford Bridge malam esok.


Menurut pengendali kelahiran Itali itu, selepas tewas memalukan di tangan Tottenham Hotspur minggu lalu, beliau melihat anak buahnya sudah kembali bersemangat untuk menebus kembali kekalahan di laman sendiri itu.


“Kami menyedari kekalahan di tangan Spurs adalah kekalahan yang teruk, sebab itulah mereka kini kembali bersemangat untuk bangkit dan menemui kemenangan.


“Saya yakin, kedatangan West Ham ke Stamford Bridge minggu ini akan menjadi permulaaan untuk kami kembali ke landasan kemenangan,” katanya.


Walaupun slot beraksi di Liga Juara-juara Eropah musim depan tampak semakin samar, Conte bagaimanapun masih optimis pasukannya mampu bangkit untuk mencipta kejutan di saat-saat akhir.


“Ya, ia memang tidak akan mudah. Tapi kami perlu berusaha lebih keras untuk mengelakkan musim ini berakhir dengan tragis,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]