Pelancaran Manifesto BN macam di konsert

in Nasional by


BUKIT JALIL – Meriah! Begitulah suasana yang dirasai di Arena Axiata tempat berlangsungnya pelancaran Manifesto BN, ketika ini.


Suasana biru mewarnai keseluruhan dewan utama arena, di mana kesemua penyokong BN mengenakan baju serba biru.


Laungan Hidup BN! Kita Pilih Biru! turut bergema apabila para penyokong BN ternyata bersemangat untuk menzahirkan rasa sayang kepada BN.


Pengacara popular, Nabil Ahmad dan Jihan Musa ketika ini sedang menceriakan suasana stadium dengan lawak jenaka mereka sementara menanti majlis bermula.


Seketika nanti, Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan secara rasmi manifesto gabungan parti berkenaan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]