Pengayuh warga emas mulakan kayuhan hari ini

in Edisi by


KOTA BHARU – Pengayuh basikal solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood memulakan kayuhan mempromosikan bandar Kota Bharu di dua negara pagi ini.


Wan Hashim berusia 73 tahun itu membawa misi mempromosikan Kota Bharu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bermula dari Kelantan, kemudiannya singgah di Selatan Thailand seterusnya ke Singapura.


Wan Hashim berkata, kayuhan tersebut akan mengambil masa selama 30 hari sejauh 2,800 kilometer dan keadaan cuaca panas menjadi cabaran kepadanya.


“Semoga Tok Wan dapat tamatkan kayuhan ini dengan selamat,” katanya yang telah mencipta nama dalam Malaysia Book of Recors (MBOR) sebagai lelaki tertua banyak melakukan kayuhan mengelilingi Semenanjung Malaysia.


Pelepasan kayuhan yang diiringi seramai 50 pengayuh lain bermula di Dataran Ilmu disempurnakan Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.


Zamri berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai menggalakkan lebih ramai pelancong mengunjungi dan menikmati keindahan di Kota Bharu.


“Kita sediakan risalah dan pelbagai lagi bahan untuk dipromosikan di sana supaya mereka merasa teruja untuk singgah di Kota Bharu.


“Banyak produk yang istimewa di sini, termasuk juga pada bulan puasa ini diteruskan dengan Madinah Ramadan untuk memberi peluang kepada pengunjung sembahyang tarawih seperti di negara Arab,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]