'RM238 juta + Isco' demi dapatkan Salah

in Sukan by


REAL Madrid dilaporkan bersiap sedia dengan tawaran lumayan untuk mendapatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah pada jendela perpindahan musim panas akan datang.


Los Blancos dikatakan bersedia melakukan rombakan besar-besaran musim depan dan meletakkan pemain kebangsaan Mesir itu sabagai sasaran utamanya.


Untuk itu, Real tidak berfikir panjang untuk menawarkan RM237,975,975 (€50 juta) berserta dengan pemain tengahnya, Isco kepada Liverpool.


Selain itu, mereka juga dikatakan bersedia dengan kontrak gergasi bernilai RM118,987,987 (€25 juta) semusim kepada Salah.


Salah menjadi sasaran utama kelab kendalian Zinedine Zidane itu selepas menunjukkan prestasi mengagumkan dengan menjaringkan 29 gol daripada 31 penampilan Liga Perdana Inggeris.


Bintang berusia 25 tahun itu turut beraksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dengan menjaringkan tujuh gol daripada 9 penampilan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]