300 ahli pembangkang Pasir Salak dijangka keluar parti

in Politik by


PASIR SALAK – Kira-kira 300 ahli pembangkang di kawasan Parlimen Pasir Salak dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.


Pengerusi Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia susulan tindakan 45 ahli termasuk bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan Cabang Pasir Salak yang bertindak keluar parti hari ini.


“Susulan gelombang ini, saya percaya lebih ramai anggota parti pembangkang akan keluar dan menyertai BN sekali gus ia memberi tamparan hebat kepada pembangkang.


“Ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin hari semakin merosot seterusnya dijangka dapat memberi kemenangan besar kepada BN di Pasir Salak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan BN Kampung Telok di sini hari ini.


Terdahulu, bekas Naib Ketua AMK Cabang Pasir Salak, Mohd Khairul Nizam Hajar bersama 44 ahli parti berkenaan bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Tajuddin. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]