'Better Selangor' tawaran dari BN

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – BN Selangor melancarkan manifesto dengan bertemakan ‘Better Selangor’ sebagai langkah persediaan dalam menghadapi PRU14 nanti.


Manifesto berkenaan mengandungi lima matlamat, 10 program dan 100 inisiatif fokus merangkumi aspek perkhidmatan awam, ekonomi, perumahan sejahtera mampu milik, kecemerlangan pendidikan, infrastruktur, kesejahteraan belia, wanita dan masyarakat majmuk, pengangkutan awam, keselamatan, kesihatan berkualiti serta kesejahteraan masyarakat bandar.


Menerusi program infrastruktur dan kemudahan asas mesra pengguna, BN Selangor menjanjikan penyelesaian segera penstrukturan semula industri air demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.


Malah, menerusi program ini juga, dana khas pembangunan dan pembayaran bil air dan elektrik rumah ibadat berbilang kaum juga akan turut diberikan kepada rakyat Selangor sekiranya BN dipilih dalam PRU14 kali ini.


 




 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]