Kayuh basikal demi Piala Dunia

in Global by


KAHERAH – MESIR. Seorang anak muda dari Mesir sanggup mengayuh basikal ke Moscow, Rusia demi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 8 Jun ini selepas negara itu layak buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun sejak 1990.


Mohamed Nufal, 24, merancang tiba di Moscow dalam tempoh 65 hari melalui Jordan, Bulgaria, Romania, Moldova dan Ukraine.


Bagaimanapun perjalanan melepasi Syria dan Iraq akan diteruskan menaiki pesawat akibat situasi perang.


Sepanjang perjalanan yang meliputi jarak kira-kira 5,000 kilometer, anak muda itu merancang untuk menginap di hostel atau menumpang tidur di tempat yang difikirkan sesuai.


Nufal yang memulakan kayuhannya semalam berkata selain menonton perlawanan berprestij itu, beliau berharap perjalanan tersebut akan memberinya pengalaman berharga.


“Ia peluang untuk merasai pengalaman¬† baharu, jika ia hanya semata-mata mengenai Piala Dunia, saya boleh menaiki kapal terbang,” kata Nufal. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]