Rumah terbakar: 7 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Sebuah rumah peneroka musnah terbakar dalam kejadian di Peringkat 3, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh di sini, tengah hari tadi.


Dalam kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 12.14 tengah hari. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Syed Ammar Syed Abas, pihaknya tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.


“Kita ambil masa selama 20 minit untuk kawal kebakaran membabitkan sebuah rumah berkeluasan 20×70 meter.


“Rumah berkenaan 100 peratus musnah.


Ketika kejadian terdapat tujuh individu berada di rumah termasuk tiga kanak-kanak.


Kesemuanya dalam keadaan selamat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.


Syed Ammar berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.




 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]