22 tinggal sehelai sepinggang rumah hangus terbakar

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Empat rumah kelas B berkeluasan 40×80 kaki persegi di Lorong Haji Musran, Kampung Rantau Panjang, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, kebakaran itu turut menyebabkan 22 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kesemua barangan turut musnah.


Menurutnya, bomba menerima panggilan kejadian jam 12.47 pagi.


“Seramai 30 anggota dan pegawai dari Balai bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Kota Raja dan Kapar dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.


“Petugas membuat pemadaman melalui empat pancutan dari ‘water tanker’ dan kerja-kerja pemadaman siap keseluruhannya jam 3.19 pagi,” katanya.


Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.


Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]