Amanah umum calon bertanding di N Sembilan

in Politik by


SEREMBAN – Parti Amanah hari ini mengumumkan sembilan individu sebagai  calon parti itu, empat daripadanya adalah muka baharu  yang akan bertanding di sembilan kerusi di Negeri Sembilan pada PRU14.


Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, sembilan kerusi itu merangkumi dua kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dun.


Katanya, bagi dua kerusi Parlimen, Amanah mencalonkan Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri Sembilan Mustafar Ab Kadir bertanding di Jelebu manakala muka baharu, Naib Presiden Amanah Hasan Bahrom bertanding di Tampin.


“Bagi kerusi Dun pula, Klawang akan ditandingi muka baharu, Bendahari Amanah negeri Bakri Sawir, dua Anggota Jawatankuasa Amanah negeri Abd Rahman Ramli (Serting) dan Md Rais Mohamad @ Basiron (Senaling) serta muka baharu, Naib Pengerusi 2 Amanah negeri Suhaimi Kassim (Lenggeng),” katanya dalam sidang media pengumuman calon Amanah di sini, hari ini.


Bagi kerusi Dun Johol, Zulkefly Mohamad berkata ia akan ditandingi olehnya manakala Timbalan Pengerusi Amanah negeri Mohamad Taufek Abd Ghani di Paroi serta muka baharu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah negeri Shahrizal Masrudin di Kota.


Amanah adalah satu daripada komponen parti dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada empat parti. – Bernama

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]