Azmin tidak faham peruntukan Perlembagaan

in Politik by


SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Mohd Ar Rahman Hussin menyindir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak melihat peruntukan perlembagaan sebelum mengkritik pelancaran manifesto oleh BN.


Katanya, pada 7 April 2018, BN masih lagi menjadi kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat dan bukan kerajaan sementara.


“Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat umum bahawa Parlimen dibubarkan pada 7 April bersamaan Sabtu. Kita kena faham dari sudut teknikal dan Perlembagaan Persekutuan, bukan pada jam 8 pagi itu ia terbubar tetapi 12.01 tengah malam 8 April.


“Pengumuman Manifesto BN diumumkan dibuat pada jam 8 malam, 7 April 2018. Sepatutnya dia (Azmin) faham tentang perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Kelmarin, Azmin mendakwa pengumuman Manifesto BN yang melibatkan pelbagai tawaran insentif dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.


Beliau berkata, sebagai kerajaan sementara BN tiada hak memperuntukkan sejumlah wang yang besar setelah pembubaran Parlimen dilakukan.


Mengulas perkara tersebut, Rahman berkata, kenyataan tersebut menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada BN sedangkan ia tidak benar.


“Kita kena faham perkara-perkara seumpama ini beri kesan kepada parti. Mudah meminta maaf tetapi kesan tetap ada,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]